Thursday, August 6, 2015

Degil, Bebal dan Bodoh

Assalammualaikum, maaf  lama tak update busy bak hang. haha



" Paling penting jangan jatuh cinta sama penulis." - ( Egy Azira,n.d)

hari ini, ogos 6,2015 aku disini baru sedar dan terfikir kembali pesan nenda tika waktu itu.

" jangan terlalu mudah percaya orang."

  "i know he well . maka jangan bimbang"

" aku ini yang membela kamu, tangan ini yang membesarkan kamu, suara ini yang dodoi kamu tidur, aku ini yang ada sama kamu dari kamu merah mentah sampai hari ini yang banyak kerenah. aku cuma tidak mahu kamu disakiti tidak mahu kamu dilukai. sedangkan aku mahu nyatakan tidak pada kamu pun berat apalagi mahu lihat dunia membunuh kamu. selagi tuhan izin aku untuk bernafas tidak aku izin kamu jatuh kerna dunia apa lagi mati disebat ditolak si bangsat"

tuhan aku ini perempuan yang degil,
papa mama aku ini anak yang bebal,
ibu ayah aku ini cucu yang bodoh.

hari ini aku terfikir wahai nenda. lelaki yang aku bela yang aku sanjung itu pergi ! lelaki yang aku junjung yang aku letak harapan setinggi langit itu menghancurkan hati kamu. sungguh aku tidak peduli sama hati aku, aku cuma fikir tentang kamu, nenda.

wahai lelaki,
ini titipan dari perempuan yang degil bebal dan bodoh.
masih ingat ?
kau kata aku lah puteri,
yang bakal jadi permaisuri hati,
yang selalu kau mimpi dan diperhati,
yang kau bilang aku tak pernah jauh dari hati,
yang mahu berkepit kesana kemari,
tetapi kenapa sayang ? kenapa hari ini,
aku seperti tiada erti,
aku ini yang kau slalu junjung tinggi,
aku ini yang kau bilang tidak akan ada penganti,
aku ini yang dahulu kau kata "tokbu saya mahu eiyaaa sebagai isteri",
apa kini yang kau cari hanya wajah rupa seri ?
atau sedang leka dengan duniawi ?
hingga lupa akan segala janji yang dibuad berani mati.

ini pesan terakhir aku buad kamu,
ingat selagi tuhan masih izin kau untuk ingat,
katup dan kunci rapat-ii

"suatu hari nanti kau akan sedar perempuan itu tidak akan reti menjaga kamu
suatu hari nanti kau akan tahu perempuan itu itu tidak pandai mengawal kamu
perempuan-ii itu tidak seperti aku yang menyanyi lagu-ii puisi buad kamu " - ( Fynn Jamal,n.d)

aku pernah bilang sama kamu tika kamu menjerit mahukan aku " jangan jatuh cinta sama aku, kerna aku ini penulis segalanya akan aku kisahkan semula"

tetapi kamu DEGIL ! nah sekarang aku kisahkan.