Friday, March 27, 2015

Ingat selagi tuhan masih izin untuk ingat

Assalammualaikum,
nak jadi kan hobi baru setiap hari jumaat nk update entry baru hee *peace*

" Langsung BUKAN orang alim. Cuma banyak cakap tentang baiknya tuhan" (FynnJamal,n.d)

aku ini manusia,
hobi aku menulis
menulis apa yang dihadapan mata aku.

mari dengar cerita yang aku mahu kisahkan semula.

Masa itu, kau berbicara pada aku tentang kau sering terluka. mengapa sering engkau ? kenapa harus engkau ? dan kau mula berbicara tentang tuhan.

sayang,
sungguh jawapan ada pada diri kau sendiri kawan.

kau tahu jawapannya.
ada dihadapan kau.
cuma hak kau mahu menerima atau menidakkan itu.

aku manusia yang hanya tahu membuat spekulasi sendiri.
yang mampu mengata itu dan ini
semuanya kau yang hadapi

kawan baca ini ingat selagi tuhan masih izinkan untuk ingat.

dunia ini umpama roda,
sekali kau laku celaka
jangan pernah kau bilang mengapa tuhan tidak izin kau bahagia.