Friday, December 11, 2015

ceritera cinta ditempat itu

Assalammualaikum. hai gaisssss

Jauh dalam sudut hati nak post entry nih. kerna puisi ini mempunyai sentimental value nya tersendiri pada aku. Pada kalian ia hanya entry just read and oke. untuk mereka-ii yang cari kisah mereka dalam puisi-ii aku mari baca yang ini. Ingat!!! baca sampai habis baru buad spekulasi.

Ini cerita tentang cinta,
Ini cerita tentang rasa,
Ini cerita tentang kita,
Buad si dia.

Arjuna,
Masih ingatkah waktu itu ditempat itu
Kita mencipta memori yang langsung tidak pernah ada nawaitu untuk muncul samada dari kamu mahupun aku.

Bisik aku " hai jiwa kau nampak tak pandangan dia?'
Waktu itu aku seperti wujud dalam satu dunia yang cuma ada aku dan kamu
Kita bersama mengira bintang yang pada zahirnya kita sendiri tahu infiniti.

Kau mengenggam erat tangan aku
Dan bilang " hai cinta, aku ini milik kamu, jiwa aku, fizikal aku semuanya milik kamu. Tempat ini jadi saksi segala tutur aku buad kamu"

Dengan satu kenyitan mata mampu meluruhkan jiwa aku yang sememangnya rapuh

Tetapi mengapa sayang ?

Tika aku pergi tempat itu kembali
Ya memang kau berada disitu
Tetapi bukan setia menunggu
Malah bersama teman baru.

Aku mahu tahu sayang kenapa disitu ? ditempat itu ?
Pada mulanya aku tidak mahu menunjukkan diri aku dihadapan kamu
Tapi aku mahu kamu lihat jiwa aku diri aku pabila kau berada disitu bukan bersama aku tetapi bersama teman baru


Dahulu kau bilang pandangan itu milik aku fizikal kamu milik aku semua yang ada pada kamu milik aku
Kenapa sayang kenapa aku ? kenapa dia ? yang pernah hadir sebagai kawan aku ? yang pernah membela aku tika gadis lain cuba meragut merampas hati kamu dari aku?
Jawab aku sayang.

Maaf kalian,
Jangan silap tafsirkan aku
Bukan niat aku untuk menidakkan tuhan
Cuma aku juga hanya manusia biasa.

Buad dia yang aku menanti tanpa jemu
Kembalilah bila perlu
Kerna aku masih menunggu.

p/s when relationship goes more than a year its not easy to accept or us to move on. Guys, the suitable sentence for me my life is " Bukan TAK BOLEH, tapi TAK NAK"

No comments:

Post a Comment